Latar belakang Perlawanan polo air berdarah

Ketegangan sudah memuncak di antara pasukan polo air Hungary dan Soviet, setelah Soviet telah mengambil kesempatan daripada kawalan politik mereka ke atas Hungary untuk mengkaji dan menyalin metod latihan dan taktik kejuaraan Hungary di Sukan Olimpik.[1]

Pada 23 Oktober 1956, satu demonstrasi telah dilakukan oleh para pelajar Universiti Teknologi dan Ekonomi Budapest yang menjadi kebangkitan menentang kerajaan boneka Soviet di Budapest. Pada 1 November, kereta kebal Soviet mula bergerak dalam Hungary dan bermula dari 4 sehingga 10 November, pasukan tentera memulakan serangan ke atas para pemberontak dengan melakukan serangan udara, melepaskan tembakan bom artileri, dan tangki-infantri. Dalam masa yang sama, pasukan polo air Hungary berada di sebuah kem latihan pergunungan di atas Budapest. Mereka dapat mendengar bunyi tembakan dan melihat asap di udara. Para pemain dalam usaha mengekalkan kejuaraan Olimpik mereka dan Sukan Olimpik di Melbourne hanya tinggal dua bulan sahaja lagi. Mereka telah berpindah ke Czechoslovakia untuk mengelak daripada ditangkap.[2] Para pemain hanya mengetahui situasi sebenar pemberontakan dan tindakan keras yang dikenakan selepas tiba di Australia dan mereka semua cemas menunggu berita mengenai kawan dan keluarga mereka.

Semasa permulaan Olimpik, pemberontak telah ditindas dan ramai pemain menyaksikan Sukan Olimpik sebagai cara untuk menyelamatkan negara mereka. "Kami merasakan kami tidak hanya bermain untuk diri kami sendiri, tetapi untuk keseluruhan negara kami", kata Zádor selepas perlawanan.

Rujukan

WikiPedia: Perlawanan polo air berdarah http://www.smh.com.au/news/175-years/cold-war-viol... http://nla.gov.au/nla.obj-147873367/view http://nla.gov.au/nla.obj-147873916/view http://trove.nla.gov.au/newspaper/article/71770143 http://trove.nla.gov.au/newspaper/article/71770513 http://trove.nla.gov.au/newspaper/article/91229261 http://trove.nla.gov.au/newspaper/article/91229428 http://trove.nla.gov.au/newspaper/article/91229624 http://trove.nla.gov.au/newspaper/page/6563494 http://trove.nla.gov.au/newspaper/page/6563496